Isnin, 16 Ogos 2010

ASAL-USUL "elektrik"

Orang |Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya ELECTRIC itu diambil dariapada perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya...

Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis itu tidak pernah terfikir memberi nama kepada kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi entah macam mana semasa lampu itu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang, mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas Edison, di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalintang pun berkata dengan kuat.

"Ele... trick aje tu.. ele trick aje ... ele trick!" (Bermaksud tipu)

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu itu menyala disebabkan oleh kuasa "ele... trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE...TRICK" yang dieja ELETRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka Thomas Edison mencipta sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu "KALIMANTANG" sempena nama Kulup Kalimantang... HEHE......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan