Ahad, 7 November 2010

BROSUR ICTL 2011

PENGENALAN

ICTL untuk sekolah menengah ini sebagai satu panduan untuk guru-guru dan pelajar yang belajar ICT Literacy. Bermula dengan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) pada tahun 1992 program ini telah diubah kepada Program Literasi Komputer pada tahun 2002 sehingga 2005 program ini telah disemak semula selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang. Bermula julai 2007 program ini sekali lagi ditukar kepada ICTL ( information communication Technology Literacy) dengan bermatlamatkan untuk memperolehi pengetahuan ICT dan kemahiran-kemahiran kreatif untuk membantu mereka dalam kehidupan harian mereka. Berkongsi hemat dan maklumat di kalangan mereka sendiri, di dalam dan melebihi persekitaran sekolah dan menunjukkan tanggungjawab dan akauntabiliti ke arah infrastruktur ICT yang digunakan.

ICTL DI SMKSJ

Gedung menimba ilmu ke arah melahiran modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selaras dengan agenda wawasan 2020 melahiran genarasi bermaklumat dan mampu bersaing selari dengan zaman globalisasi.

Kemahiran ICTL yang akan diaspirasikan oleh SMKSJ bakal melahirkan genarasi celik IT. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menaikkan bidang pendidikan di MalAysia

Matapelajaran Information & Communication Techology Literasi Computer mula diperkenalkan di SMKSJ bermula sesi persekolahan 2008. Subjek ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar tingkat 1 & 2. Setiap pelajar wajib mengikut matapelajaran ini. setiap kelas di peruntukan sebanyak 2 masa (60 minit) seminggu.

Pelajar didedahkan tentang ilmu pengkomputeran asas. huraian sukatan dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran mengcakupi bertujuan membantu guru-guru ICTL di sekolah merangka Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancanagn Pelajaran Harian.

Subjek ICTL suatu matapelajaran kemahiran untuk pelajar menguasai dunia kini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat. Penekanan KPM dalam meningkatkan kemajuan teknologi kepada generasi akan datang, dalam melahirkan modal insan yang mampu besaing dalam dunia globalisasi.

OBJEKTIF

Pelajar-pelajar akan dapat :

1. memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu dalam kehidupan seharian mereka.

2. berkongsi idea dan maklumat di dalam dan di luar persekitaran sekolah dan

3. menunjukkan sikap bertanggungjawab dan akuantabiliti terhadap infrastruktur dan kepenggunaan ICT.

KANDUNGAN / SILIBUS

1. Computer Lab Management

2. Computer Hardware

3. Computer Software

- Operating System (Windows XP)

- Word Processing (MS Word 2003)

- Spreadsheet (MS Excel 2003)

- Presentation (MS Powerpoint 2003)

- Database (MS Access 2003)

- Programming (Visual Basic V6.0)

4. Network and Internet

- Networking

- Internet (internet explorer)

- Email (gmail)

- Blogger (blogger)

MASA PEMBELAJARAN

P&P dijalan diluar waktu persekolahan iaitu bermula jam 10.50 am dan berakhir jam 12.50 am setiap hari Isnin hingga Khamis. Pelajar-pelajar sesi petang akan hadir awal seperti masa yang telah ditetapkan.

MAKMAL KOMPUTER

SMKSJ telah dibekalkan dengan 2 buah makmal komputer. Setiap makmal telah dilengkapi dengan 20 buah komputer dan mampu untuk memuatkan 40 pelajar pada satu masa. P&P dijalankan sepenuhnya di makmal komputer ini. Pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan makmal komputer hanya untuk P&P dan waktu-waktu yang telah ditetapkan sahaja.

TENAGA PENGAJAR

1. Cikgu Yusman bin Mubni (Guru ICT)

2. Cikgu Mohd Rosdi bin Raship (Guru Penyelaras Bestari)

3. Cikgu mohd Sabri b Hassan (Guru Data)


TUGASAN AKHIR TAHUN ICTL TING 1 & 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pelajar ICTL Ting 1&2

Sebagai tugasan akhir tahun, pelajar-pelajar dikehendaki mereka cipta satu bentuk brosur tentang ICTL SMKSJ bertujuan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1&2 tahun 2011. Gunakan kreativiti sendiri dan penggunaan broser adalah seperti berikut:

1. Gunakan aplikasi yang talah dipelajar samada MS Word, MS Powerpoint, Blog dan sebagainya.
2. Gunakan kertas bersaiz A4 dan berbentuk brosur iaitu dilipat 3.
3. Kandungan brosur
- Logo sekolah, tajuk, lambang, program dan lain-lain
- mengandungi pendahuluan, objektif, kandungan program, masa pembelajaran, maklumat tentang makmal komputer, guru-guru yang mengajar, gambar-gambar ICTL semenjak tahun 2008 sehingga 2010.
4. Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu seperti pengakuan pelajar,laman blog dan sebagainya.
5. Gunakan kreativiti anda untuk menunjukkan brosur tersebut menarik dan mengikut teknologi terkini.

Contoh :



Selamat Mencuba.
Cikgu Yusman