Ahad, 7 November 2010

TUGASAN AKHIR TAHUN ICTL TING 1 & 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pelajar ICTL Ting 1&2

Sebagai tugasan akhir tahun, pelajar-pelajar dikehendaki mereka cipta satu bentuk brosur tentang ICTL SMKSJ bertujuan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1&2 tahun 2011. Gunakan kreativiti sendiri dan penggunaan broser adalah seperti berikut:

1. Gunakan aplikasi yang talah dipelajar samada MS Word, MS Powerpoint, Blog dan sebagainya.
2. Gunakan kertas bersaiz A4 dan berbentuk brosur iaitu dilipat 3.
3. Kandungan brosur
- Logo sekolah, tajuk, lambang, program dan lain-lain
- mengandungi pendahuluan, objektif, kandungan program, masa pembelajaran, maklumat tentang makmal komputer, guru-guru yang mengajar, gambar-gambar ICTL semenjak tahun 2008 sehingga 2010.
4. Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu seperti pengakuan pelajar,laman blog dan sebagainya.
5. Gunakan kreativiti anda untuk menunjukkan brosur tersebut menarik dan mengikut teknologi terkini.

Contoh :



Selamat Mencuba.
Cikgu Yusman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan